Pengerusi WI Bandar Putra, Kulaijaya sempat berkonsi informasi mengenai kutipan sumbangan tahun ini amat menggalakkan serta berganda dari tahun sebelumnya. Alhamdulillah ribuan terima kasih diucapkan kepada yang sudi menghulurkan sumbangan, hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. Tidak dilupakan juga warga ahli jawatankuasa WI Bandar Putra yang bekerja keras menjayakan program ini.
Monday, August 23, 2010
Majlis Penyerahan Sumbangan
Pengerusi WI Bandar Putra, Kulaijaya sempat berkonsi informasi mengenai kutipan sumbangan tahun ini amat menggalakkan serta berganda dari tahun sebelumnya. Alhamdulillah ribuan terima kasih diucapkan kepada yang sudi menghulurkan sumbangan, hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. Tidak dilupakan juga warga ahli jawatankuasa WI Bandar Putra yang bekerja keras menjayakan program ini.
Sunday, August 8, 2010
Aktiviti mengumpul dana untuk anak-anak yatim di Bandar Putra , Kulaijaya
Jualan yang dijalankan meliputi kad ucapan hari raya, kuih-muih, coklat, serta kek lapis.
Di antara kuih-muih yang terdapat untuk jualan
untuk lebih paparan silalah kunjungi facebook WI Bandar Putra, Kulaijaya
Sunday, August 1, 2010
Sekitar Lawatan ke Nusajaya, Johor Bahru
Gambar adalah ihsan dari Puan Hamisah, Pengerusi WI Bandar Putra, Kulai.
Yang pastinya Nusajaya bukan sahaja menempatkan pusat pejabat kerajaan bagi negeri Johor, malah ianya juga menempatkan ruangan riadah sekeluarga yang menarik di sekitarnya.
Thursday, July 8, 2010
Lagu Rasmi Perkumpulan Perempuan Malaysia
Siap sedia memimpin wanita
Baik di pekan mahupun di desa
Mari kita majukan
Perkumpulan Perempuan banyak faedah
Menabur bakti di mana-mana
Keharmonian keluarga gembira
Hidup bahagia
Perkumpulan Perempuan Malaysia
Siap sedia memimpin wanita
Baik di pekan mahupun di desa
Mari kita majukan
Chorus Kemajuan semasa kita cari
Mengurus mendidik setiap hari
Membina keluarga sihat sejahtera
Hidup sentosa
Perkumpulan Perempuan Malaysia
Siap sedia memimpin wanita
Baik di pekan mahupun di desa
Mari kita majukan
Chorus Hidupkan semangat perpaduan
Tiap-tiap kaum baik persahabatan
Sumbangilah pertolongan
Supaya aman
Perkumpulan Perempuan Malaysia
Siap sedia memimpin wanita
Baik di pekan mahupun di desa
Mari kita majukan (2X)
Thursday, June 10, 2010
Sunday, June 6, 2010
Sejarah Ringkas
Pergerakan WI mula ditubuhkan dalam tahun 1897 di Kanada, oleh seorang wanita yang bernama Lady Aberdeen yang tinggal di sebuah ladang terpencil. Beliau telah kehilangan anak akibat suatu kemalangan. Beliau berpendapat, sekiranya beliau mendapat bantuan dari jiran-jiran, berkemungkinan anaknya boleh diselamatkan.
Dari Kanada pergerakan ini berkembang ke beberapa negara Eropah. Pada tahun 1915, WI pertama telah dimulakan di Wales. Selepas itu WI telah ditubuhkan di seluruh United Kingdom. Ketika perang dunia pertama meletus, semua penduduk dikehendaki bercucuk tanam dan menyimpan banyak bekalan makanan, pergerakan WI mula memainkan peranan penting.
Objektif
Tujuan utama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) diadakan adalah untuk membolehkan kaum perempuan dan anak gadis, terutama yang tinggal di kampung-kampung mengambil bahagian serta bergiat cergas dalam semua aktiviti kehidupan dan menyumbang bakti demi kemajuan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.