Thursday, June 10, 2010

SEKITAR MESYUARAT AGUNG KE 3, 2010 WI BANDAR PUTRA





Sunday, June 6, 2010

Sejarah Ringkas

Pergerakan WI mula ditubuhkan dalam tahun 1897 di Kanada, oleh seorang wanita yang bernama Lady Aberdeen yang tinggal di sebuah ladang terpencil. Beliau telah kehilangan anak akibat suatu kemalangan. Beliau berpendapat, sekiranya beliau mendapat bantuan dari jiran-jiran, berkemungkinan anaknya boleh diselamatkan.

Dari Kanada pergerakan ini berkembang ke beberapa negara Eropah. Pada tahun 1915, WI pertama telah dimulakan di Wales. Selepas itu WI telah ditubuhkan di seluruh United Kingdom. Ketika perang dunia pertama meletus, semua penduduk dikehendaki bercucuk tanam dan menyimpan banyak bekalan makanan, pergerakan WI mula memainkan peranan penting.

Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Semenanjung Malaysia atau Women’s Institution (WI) merupakan Badan Sukarela Wanita yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958 di bawah Undang-Undang Parlimen Bil. 37. Ia dikenali sebagai Associated Country Women of the World (ACWW) di peringkat global. WI adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan pada lunas-lunas persahabatan, berkhidmat kepada masyarakat dan konsep tolong-menolong.

Objektif

Tujuan utama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) diadakan adalah untuk membolehkan kaum perempuan dan anak gadis, terutama yang tinggal di kampung-kampung mengambil bahagian serta bergiat cergas dalam semua aktiviti kehidupan dan menyumbang bakti demi kemajuan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada kaum wanita dan anak gadis bergerak, bersatu dan berusaha bersama-sama menerusi satu Pertubuhan Perkumpulan Perempuan. Ia meliputi apa juga aktiviti yang menjurus kepada kemajuan kemasyarakatan, kebajikan rumah tangga, kesepaduan kejiranan, seterusnya yang membawa ke arah kemakmuran negeri dan negara.